Teknologi Pendidikan
Ahad, 28 Disember 2014
Jumaat, 19 Disember 2014
Selasa, 9 Disember 2014
10 GAMBAR PENGHASILAN ALATAN SUKAN
Alatan sukan yang telah saya cipta adalah " HURDLE " yang digunakan untuk latihan-latihan sukan seperti latihan " HURDLE HOPS " . Alatan yang digunakan untuk mencipta Hurdle tersebut adalah paip wayar yang mudah didapati. Selain itu juga, paip tersebut mudah untuk dipotong, dibengkok dan juga mudah untuk dicantumkan. Berikut adalah 10 gambar dari pelbagai sudut hurdle yang telah saya ciptakan.
10 VIDEO TEKNOLOGI DALAM SUKAN
1. GOLL LINE TECHNOLOGY.
2. WIND TUNNEL.
3. THE PROFESSIONAL SOCCER MACHINE.
.
4. PROFORM TDF TRAINING BIKE.
5. SIGMA SPORT- PULSE COMPUTER.
6. GARMIN 1000 BICYCLE COMPUTER.
7. NIKE PLUS.
8. INDOOR GOLF SIMULATOR.
9. GOLF BALLS DISPENSER AND TRAINER NET.
10. GIRO AIR ATTACK HELMET.
Ahad, 7 Disember 2014
10 GAMBAR TEKNOLOGI SUKAN
1. SPORTS WATCH / HEART RATE MONITOR
Jam tangan untuk aktiviti sukan dan riadah yang serba canggih dan mudah untuk digunakan. Antara fungsinya ialah:
- Dapat mengetahui kadar nadi semasa melakukan aktiviti.
- Dapat mengetahui jumlah pembakaran lemak di dalam badan
- Merekod masa melakukan aktiviti
- Tahan lama dan kalis air
- Sesuai untuk lelaki dan wanita yang sukakan aktiviti lasak.
2 . INDOOR GOLF SIMULATION
Seperti permainan video namun pergerakan serta teknik yang dilakukan sama seperti bermain golf di padang. Permainan ini dimainkan didalam kawasan tertutup seperti bilik dan ada juga dipejabat-pejabat yang memerlukan permain memukul bola ke arah tirai yang memaparkan gambaran padang serta pergerakkan bola yang sama seperti dipadang. Memudahkan permain menjalani latihan sewaktu musim hujan malah dapat juga dimainkan bagi menghilangkan bosan.
3.POWER BALANCE
Gelang tangan beserta Performance Technology, POWER BALANCE merupakan hologram dan juga getah yang dicampur serbuk titanium yang mengandungi frekuensi semulajadi dari alam yang dapat bereaksi secara positif dengan pusat energi tubuh. POWER BALANCE kini banyak digunakan oleh para atlet antarabangsa mahupun orang awam kerana dipercayai dapat membantu keseimbangan tubuh,membantu koordinasi dan kelenturan tubuh dan juga menambahkan kekuatan dan ketahanan tubuh secara menyeluruh tidak kira sewaktu bersukan atau melakukan kerja harian.
4. I-DRATION
Merupakan generasi baru sukan yang mempunyai pelbagai kecanggihan yang menarik, mempunyai ciri-ciri fleksibiliti dan serba boleh. Botol air
futuristik yang dinamakan " I-DRATION " ini boleh membantu mengingatkan
anda untuk meminum air. Dicipta untuk membantu atlet untuk tidak mengalami dihidrasi dan juga mudah digunakan kerana I-dration ini mempunyai sensor di atasnya yang berkomunikasi dengan
aplikasi pada telefon pintar anda untuk menentukan sama ada anda perlu minum
lebih banyak.
5. BICYCLE COMPUTER ( GARMIN 1000 )
Gadjet serba canggih ini menjadi pilihan pelumba mahupun pengembara berbasikal kerana fungsi-fungsinya yang menarik seperti :
- mempunyai peta yang memudahkan pengayuh berkayuh dan mengelakkan mereka sesat.
- dapat mengetahui kelajuan kayuhan ,suhu semasa,masa kayuhan,kadar nadi dan juga peratus kalori yang dibakar semasa berkayuh.
- memudahkan pengayuh mengetahui jarak yang dilalui.
- Boleh disambungkan dengan telefon pintar agar pesanan serta panggilan dapat dimaklumkan di skrin.
- Boleh berlawan rekod masa jalan tertentu dengan perlumba lain yang menggunakan gadjet yang sama seperti di atas.
6. GIRO AIR ATTACK BICYCLE HELMET.
- Mempunyai keutamaan keselamatan kepala yang menyeluruh serta tahan lasak.
- Ringan dan bersifat aerodinamik dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai acara berbasikal samaada acara trek,lebuhraya ,BMX dan juga basikal bukit.
- Mempunyai magnet yang kuat untuk meletakkan cermin mata yang mudah digunakan serta kukuh.
- Ruang dalam yang selesa dan dilengkapi dengan lubang bagi membolehkan udara memasuki ruang helmet bagi mengelakkan kepanasan di bahagian kepala.
7. NIKE PLUS SPORT BAND
Nike + teknologi baru yang diperkenalkan memberikan pelari peluang yang sama untuk mengalami Nike teknologi + dan menyertai komuniti dalam talian tanpa menggunakan iPod dan headphone. Band Nike + Sukan adalah bahagian gegelang lengan kemeja yang berfungsi sebagai alat latihan peribadi. Apabila menjalankan Band Nike + Sukan memaparkan kadar kalori anda, jarak dan masa berlalu. Apabila tidak berjalan ia berfungsi sebagai menonton dan menyimpan rekod sejarah excersize anda.
8. LORONG ANGIN / WIND TUNNEL.
Suatu perkembangan dunia sukan yang moden dan dapat memberikan banyak kelebihan dalam sukan berbasikal. Antaranya:
- Dapat memudahkan sesebuah syarikat untuk mencipta basikal yang mempunyai ciri-ciri aerodinamik yang tinggi.
- Dapat menguji serta menilai kedudukan pelumba yang sesuai dan memberi kelebihan untuk menempuh angin ketika berlumba.
- Dapat menguji kelajuan yang dapat diperoleh oleh pelumba semasa menghadapi hadangan angin.
9. DISC WHEEL.
- Bersifat ringan dan aerodinamik untuk digunakan dalam perlumbaan peringkat antarabangsa dan memberikan banyak kelebihan kepada pelumba.
- Diperbuat daripada balutan karbon yang kuat.
- Digunakan dalam semua acara yang dipertandingkan didalam trek manakala di lebuhraya pula, acara yang melibatkan masa sahaja boleh menggunakan roda tersebut seperti acara ujian masa individu dan juga ujian masa berpasukan.
10. MICOACH SPEED CELL
SPEED_CELL miCoach -ialah gadjet bersaiz thumb drive komputer yang kecil - telah direka untuk dimuatkan dalam rongga tunggal salah satui kasut bola sepak Adidas ', F50 adizero. Peranti ini boleh menjejaki kelajuan purata, kelajuan maksimum, bilangan sprint, jarak pada tahap intensiti tinggi, langkah-langkah dan langkah semasa bermain. Memori atas kapal kemudian dapat menyimpan tujuh jam metrik seseorang atlet dan berciri tanpa wayar untuk menghantar data prestasi ke telefon pintar , tablet, PC atau Apple MAC.
Langgan:
Catatan (Atom)